Sunday, February 5, 2017

Nama-Nama Lain Bagi Surah Al-Fatihah

Menurut kitab “Khazinatul Asrar” karangan Al Ustaz Assayyid Muhammad Haqqin Nazili, surah Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama. Ia diambil dari berbagi-bagai hadis Nabi mengenai Al-Fatihah. Ada pula nama yang ditetapkan oleh para sahabat dan para tabi’in.

Di bawah ini disebutkan serba ringkas sebahagian nama-nama itu. Semoga kita sama-sama mendapat pengertian yang lebih luas dan fahaman yang mendalam.
1. Fatihatul Kitab, ertinya Pembuka atau Pembuka Kitab. Nama ini terdapat di dalam banyak hadis sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.

2. Fatihatul Quran, ertinya pembuka Al-Quran, kerana letaknya di permukaan Al-Quran atau boleh juga
diertikan sebagai pintu masuk ke Al-Quran.

3. Ummul Kitab, ertinya Induk Kitab. Nama ini terdapat di dalam banyak hadis. Ummul Kitab diertikan bahawa Al-Fatihah mengandungi semua permasalahan yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu Ketuhanan, Alam Akhirat, Ibadah dan berbagai sejarah ilmu pengetahuan politik, sosial dan masyarakat.

4. Ummul Quran, ertinya induk Al-Quran. Begitu juga nama ini terdapat di dalam hadis. Banyak pendapat yang mempunyai erti Ummul Quran ini. Sesetengahnya mengatakan ialah kerana Al-Fatihah ini isinya dianggap sebagai ringkasan dari isi seluruh Al-Quran.

5. Al-Quranul Azim, ertinya bacaan yang teragung.Nama ini juga terdapat di dalam hadis. Dinamakan
bacaan agung, kerana isi Al-Fatihah seluruhnya mengenai masalah yang amat besar atau agung.

6. Assab’ul Mathani, ertinya tujuh yang berulang-ulang.Nama ini paling banyak disebut di dalam hadis.
Dinamakan tujuh kerana ia terdiri dari tujuh ayat. Dan dikatakan berulang-ulang kerana ayat-ayatnya dibaca berulang-ulang, baik di dalam ayat Al-Quran atau dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

7. Al-Wafiah, ertinya mencakup. Kerana isinya mencakup seluruh isi Al-Quran dan meliputi berbagai
keterangan mengenai Tuhan dan keterangan tentang manusia.

8. Al-Waqiah, ertinya tameng (menjaga) orang-orang yang membacanya dari berbagai-bagai bahaya dan penyakit. Dalam hal ini banyak fadilatnya disebut dalam hadis juga menjadi amalan harian orang-orang saleh.

9. Al-Kanz, ertinya perbendaharaan, atau tempat yang penuh dengan barang-barang yang berharga. Ini tentu kerana semua kandungan Al Fatihah ibarat barangbarang yang amat mahal harganya.

10. Al-Kafiah, Ertinya: Memadai. Kerana Al-Fatihah ini mencakup semua ayat dalam Al-Quran, dan ayat-ayat ini tidak seperi Al-Fatihah.

11. Al-Asas, ertinya sendi atau dasar, kerana dia dianggap sebagai dasar dari Al-Quran dan ayat “Bismillahir Rahmanir Rahim” dianggap sebagai dasar dari Al-Fatihah.

12. Suratun Nur, ertinya Surah Cahaya, kerana surah ini banyak membawa nur dan penerangan kepada manusia.

13. Suratul Hamdi, ertinya Surah Pujian, kerana isinya penuh dengan pujian kepada Allah.

14. Suratusy Syukri, ertinya Surah syukur, kerana isinya penuh dengan syukur kepada Allah.

15. Suratul Hamdil Qusywa, ertinya Surah Pujian terakhir.

16. Suratur Ruqiyah, Surah Mentera atau Ubat. Kerana dengan surah ini dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, sebagaimana disebut di dalam hadis Abu Sa’id Al-Khudri.

17. Suratus Syifa’, ertinya surah yang mengandungi kesembuhan (ubat).

18. Suratus Syafiyah, ertinya surah yang menyembuhkan.

19. Suratus Salah, ertinya surah yang dibaca tiap-tiap sembahyang.

20. Suratud Du’a, ertinya surah yang berisi doa. Tiap-tiap kali kita baca surah ini bererti kita berdoa kepada Allah.

21. Suratut Talab, ertinya surah yang berisi tuntutan(permohonan).

22. Suratul Munajat, ertinya surah yang mengandungi bisikan terhadap Tuhan.

23. Suratul Mukafaah, ertinya surah imbangan yangditurankan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai imbangan terhadap harta benda orang lain “Hadis”.

24. Afdhalu Suwaril Quran, ertinya surah terbaik dalam Al-Quran

25. Akhiru Suwaril Quran, ertinya surah paling akhir Pada Al-Quran.

26. A’azamu Surah Fil Quran, ertinya surah paling agung dalam Al-Quran.

Bersambung........


Wallahu A’lam


Please support us https://bit.ly/2NzcjEZ


بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَامُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا. وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا. وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا. وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


No comments:

Post a Comment